Tuhanku...
Seandainya telah kau takdirkan dia milikku,
tercipta buatku,
dekatkan lah hatinya dengan hatiku,
tetapkan lah kemesraan antara kami,
agar kebahagiaan ini kekal abadi.
Dan Tuhanku...
seiringkan lah kami,
mengharungi hidup luas ini,
ke tepian yang sejahtera.
Tetapi Tuhanku yang Maha Pengasih...
seandainya telah kau takdirkan,
dia bukan milikku,
bawalah dia jauh dari pandangan ku,
luput dari ingatan ku,
dan peliharalah aku dari kecewa.
Serta Tuhanku yang Maha Mengerti...
berilah aku kekuatan,
melontar bayangannya kedada langit,
hilang bersama senja nan merah,
dan gelap pekat awan,
agar aku bisa bahagia,
walaupun tanpa dirinya.
Dan Tuhanku yang Tercinta...
biarkanlah yang hilang,
tumbuhkanlah kembali yang telah patah,
meskipun tidak sama dengan dirinya,
biar sekuat mana aku menyintainya.
Aku pohon agar Tuhanku...
melenyapkan perasaan ini,
sekiranya dia ditakdirkan bukan milikku.
Tapi sekiranya dia ditakdirkan untukku,
ku pohon agar takdir,
memperkuatkan kasihku padanya,
selagi tidak melebihi kasihku pada-Mu.
Amin.
Aku akui, aku rindu. Tapi ini saja doa yang mampu aku panjatkan. Kau juga boleh cuba doa Nabi Yusuf a.s ketika merindukan Siti Zulaikha :
Ya Allah, sampaikan salam rinduku pada ( nama penuh sifulan ) sehingga menjadi kerinduannya. Amin
Tidak pernah aku terasa rindu kepada seseorang sebegini hebat. Allah, damaikanlah hati ku.
Sunday, 9 June 2013
Friday, 7 June 2013
Rindu.
Bismillah.
Wahai dirimu,
telahkah kau mengingati ku?
Wahai dirimu,
telahkah kau terfikir tentang ku?
Wahai dirimu,
telahkah kau bangun sebelum subuh
untuk mengirim rindumu?
Nafasku sesak, tak menentu.
Tatkala aku sedar dari beradu,
Aku terasa rindumu.
Adakah itu rindu?
Ataupun hanya hawa nafsu?
Aku bangun, meletakkan tangan ku ke dada dan membaca Al-Fatiha.
Kerana... aku juga rindu dan termimpi akan dirimu.
Ya Rabb, tenangkan hati kami. Sampaikanlah rindu kami. Kalau benar inilah jodoh kami, insyaallah aku sabar menanti.
:')
Subscribe to:
Posts (Atom)